TERMA DAN SYARAT

1.   Terima kasih atas minat anda dengan kempen Get Malaysian Business Online ("GMBO"). Google Inc dan sekutu-sekutunya ("Google") telah bekerja dengan melibatkan beberapa rakan niaga, bagi menyediakan alat-alat dan perkhidmatan-perkhidmatan yang tertera di www.getMYbusinessonline.com.my (laman "GMBO"). Kami harap anda seronok menggunakannya. Terma dan syarat ini adalah kontrak antara anda dan Google dan digunapakai untuk penggunaan anda di Laman GMBO. Terma & Syarat ini titdak terpakai untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan atau disediakan oleh rakan-rakan niaga Google.

2.   Berikut adalah terma dan syarat yang akan digunapakai untuk penyertaan anda sebagai pengguna GMBO. Anda dianggap telah menerimanya apabila anda menggunakan sebarang perkhidmatan yang ditawarkan melalui Laman GMBO.

3.   Perkhidmatan-perkhidmatan utama yang ditawarkan melalui GMBO adalah keupayaan untuk anda, sekiranya anda adalah sebuah perniagaan, untuk:

a.   membina sebuah laman web untuk kegunaan perniagaan anda;

b.   menghubungkan laman web tersebut dengan alamat web ("nama domain") ditawarkan oleh MYNIC Bhd

                                                i.  secara percuma untuk 10,000 peserta pertama yang mendaftar; atau

                                               ii.  pada kadar diskaun RM23 untuk setahun bagi peserta ke-10,001 dan seterusnya

c.   sekiranya anda memlih untuk laman web tersebut dimasukkan secara automatik ke Google Places (sebagai direktori perniagaan dalam Google Maps).

4.   Dalam setiap kes, penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang disedaikan oleh MYNIC dan rakan-rakan lain akan semata-mata tertakluk kepada terma dan syarat yang digunakan oleh rMYNIC dan akan-rakan lain. Google tidak bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut kepada anda, dan anda perlu menyemak setiap  satu sama ada anda boleh menerima perkhidmatan MYNIC serta terma dan syarat rakan-rakan lain sebelum menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Bagi melihat senarai rakan-rakan niaga Google menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan sila lihat http://ms.getMYbusinessonline.com.my/rakan.

5.   Penciptaan laman web, nama domain dan hosting

a.   Bagi mencipta laman web melalui GMBO, anda harus klik 'cipta laman web anda sekarang' dan ikuti proses pendaftaran. Anda akan menerima laman web dan hosting daripada Google.

b.   Anda akan menerima nama domain daripada MYNIC Bhd

                                                i.  10,000 peserta pertama akan menerima nama domain secara pertama untuk tahun pertama

                                               ii.  peserta ke-10,001 dan peserta-peserta berikutnya akan menerima nama domain pada kadar diskaun RM23 untuk tahun pertama

c.   Selepas 12 bulan, MYNIC Bhd akan menawarkan anda keupayaan untuk memperbaharui nama domain pada kadar RM23 setahun pada tahun-tahun berikutnya (mengikut perjanjian anda dengan MYNIC untuk nama domain dan perkhidmatan-perkhidmatan yang akan mereka sediakan adalah tertakluk kepada Perjanjian terma & syarat MYNIC, yang boleh berubah dari masa ke semasa.

d.   Perjanjian anda dengan MYNIC untuk nama domain dan perkhidmatan yang beri tertakluk kepada terma dan syarat di http://www.domainregistry.my 

e.   Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan dari pihak Google. Penngunaan perkhidmatan tersebut tertakluk kepada terma & syarat Google yang berkaitan dengan perkhidmatan, yang boleh ditemui di http://www.google.com.my/accounts/TOS (atau man-mana URL yang diberi notis dari masa ke semasa).

f.    Anda juga boleh mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh rakan-rakan niaga lain. Penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan dari rakan-rakan niaga;

6.   Sekatan

a.   Anda bersetuju untuk tidak

                                                i.  Menggunakan perkhidmatan mencipta laman web atau pendaftaran nama domain selain daripada mempromosikan perniagaan anda;

                                               ii.  Menubuhkan laman web untuk tujuan yang menyalahi undang-undang atau bagi tujuan yang menyalahi undang-undang atau mengiklan, menawarkan, menjual atau mempromosikan produk atau perkhidmatan yang menyalahi undang-undang;

                                              iii.  Measukkan kandungan seperti berikut pada laman web anda:

• Pornografi, kandungan dewasa atau matang

• Kandungan berunsur keganasan

• Kandungan berkaitan dengan sikap tidak bertoleransi bangsa atau advokasi terhadap mana-mana individu, kumpulan atau organisasi

• Mencarut yang berlebihan

• Kandungan menggodam

• Kandungan menggodam

• Perjudian atau kandungan yang berkaitan dengan kasino

• Ubat-ubatan pasaran gelap dan kandungan alatan narkotik

• Penjualan bir dan minuman keras

• Penjualan tembakau dan produk berkenaan tembakau

• Penjualan dadah preskripsi

• Penjualan senjata atau peluru (senjata api misalnya, komponen senjata api, pisau melawan, senapang membisingkan)

• Penjualan produk replika atau tiruanpereka atau barang-barang lain

• Kandungan mengenai program-program yang pampasan pengguna untuk klik iklan atau tawaran, melakukan carian, melayari laman-laman web atau membaca e-mel

• Mana-mana kandungan lain yang menyalahi undang-undang, menggalakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang atau melanggar hak-hak undang-undang orang lain

 

                                              iv.  Memohon lebih dari satu nam domain percuma/diskaun melalui Laman GMBO;

                                               v.  Membiarkan dengan pengetahuan anda sesiapa untuk meminta nama domain kedua untuk mempromosikan bisnes yang sama;

                                              vi.  Menggunakan nama domain percuma/diskaun anda untuk tujuan lain selain mempromosikan perniagaan anda;

                                             vii.  Menjual nama domain percuma/diskaun atau laman web yang dicipta melalui perkhidmatan GMBO untuk wang atau setara dengan wang, kecuali dalam konteks bersekali dengan menjual perniagaan anda;

                                            viii.  Menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Google atau sebarang rakan-rakan usahasama lain secara melanggar terma dan syarat penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut

b.   Perkhidmatan dan tawaran yang anda terima melalui GMBO adalah bukan untuk dijual semula dan tidak boleh dijual atau dipindahmilik melainkan terma dan syarat yang digunapakai untuk perkhidmatan atau tawaran secara nyata membenarkan jualan atau pindahmilik.

c.   Anda faham bahawa terma dan syarat ini juga mungkin digunapakai untuk perkhidmatan-perkhidmatan lain yang ditawarkan rakan-rakan usahasama lain, di mana dimasukkan sekali di dalam terma dan syarat mereka.

7.   Perlindungan data dan privasi

a.   Semua data termasuk data peribadi yang mana:

b.   Anda masukkan ke dalam laman web yang dijalankan oleh Google (termasuk Lama GMBO) akan tertaktluk kepada polisi privasi Google (baca di sini: http://www.google.com/intl/en/privacy-policy.html) dan

c.   Anda masukkan ke dalam laman web yang dijalankan oleh rakan-rakan usahasama akan tertakluk kepada polisi privasi masing-masing.

d.   Rakan-rakan usahasama dan Google boleh berkongsi antara satu sama lain dan pihak ketiga yang dipercayai yang terlibat dalam GMBO bagi menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan di bawah GMBO (termasuk laman web yang anda bina dan nama domain yang anda perolehi)

e.   Google dan rakan-rakan usahasamany boleh, sekiranya anda memberi kebenaran semua proses pendaftaran untuk membantu anda mendapat manfaat daripada perkhidmatan-perkhidmatan dan memberi maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang mungkin anda minat.

f.    Apabila anda memohon nama domain percuma/diskaun, maklumat pemohon akan diberi kepada MYNCI BHd yang mentadbir domain .com.my. MYNIC Bhd akan menyenaraikan maklumat-maklumat tersebut melalui rekod yang boleh diakses oleh orang awam yang dipanggil rekod WHOIS, yang anda boleh temui di sini: http://whois.domainregistry.my

8.   Perubahan dan perkhidmatan pihak ketiga

a.   Google dan rakan-rakan usahasamanya memegang hak, atas ketetapan mereka sendiri, untuk menukar, mengubahsuai, menambah atau memadam bahagian terma-terma ini pada sebarang masa tanpa notis lanut. Sekiranya ini berlaku, terma-terma baru akan diterbitkan di Laman GMBO. Penggunaan berterusan laman web yang anda sudah bina melalui GMBO, atau Laman GMBO selepas perubahan demikian membawa maksud anda menerima terma-terma baru.

b.   Google, MYNIC dan rakan-rakan usahasama boleh menukar Laman GMBO dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dari semasa ke semasa tanpa sebarang liabiliti kepada anda. Google tidak menerima tanggungjawab untuk atau mengesahkan sebarang perkhidmatan pihak ketiga yang ditawarkan melalui Laman GMBO.

9.   Penarikbalikan perkhidmatan

a.   Sekiranya anda menggunakan Laman GMBO atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan melalui Laman GMBO dengan menyalahi terma-terma ini, atau sebarang terma yang dirujuk dalam terma-terma ini, atau sekiranya anda munggunakannya bertentangan dengan kempen GMBO, perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada anda boleh ditarikbalik daripada anda.

b.   GMBO dan rakan-rakan usahasamanya boleh menghentikan atau menggantung GMBO atau Laman GMBO pada bila-bila masa atas pertimbangan mereka semata-mata tanpa sebarang liabiliti kepada anda. Ini tidak akan mengganggu kewujudan laman web anda.

 

10. Undang-undang yang Digunapakai

a.   Terma-terma dan syarat-syarat adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan semua pihak yang terlibat tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia berkaitan sebarang pertikaian berkenaan terma-terma perkhidmatan ini melainkan sebarang pihak boleh memohon kepada sebarang mahkamah untuk injuksi atau sebarang relief lain untuk melindungi Hak Harta Intelek mereka.